Wednesday, February 20, 2013

INANG-INANG TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS,,,


Syarikat Perusahaan Makanan Tradisional Ab Rahman, adalah antara syarikat yang menghasilkan makanan tradisional inang-inang dan pembekal makan tradisional tersebut di Melaka, dengan jualan bulanan mencecah RM 6000. Bermula dengan sekadar menolong ibunya membuat sejenis kuih tradisional berasaskan pulut sejak berusia 12 tahun, Hj Ab. Rahman Saleh yang kini berumur 51 tahun, tidak menyangka, kini kuih inang-inang buatannya itu berjaya dikomersialkan. Hj Ab Rahman yang berasal dari Kampung Bukit Tembakau dan bapa kepada 12 orang cahaya mata turut tidak menyangka perniagaan yang dimulakan arwah ibunya, Halimah Salleh secara kecil-kecilan suatu ketika dahulu berjaya diwarisinya sehingga kini.

 Selepas 10 tahun menjalankan perniagaan kuih inang-inang, Hj Ab Rahman kini boleh berbangga kerana kuih tradisional itu mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan. Selain Melaka, kuih inang-inang buatan Syarikat milik Hj Ab Rahman yang dinamakan Inang-inang Bukit Tembakau turut dipasarkan di beberapa negeri lain seperti Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Selain itu, ia turut dipasarkan di beberapa pasar raya besar seperti Tesco dan Jaya Jusco.

Hj Ab Rahman sedang mencetak inang-inang atau
 lebih dikenali sebagai  proses "menepek"
Detik permulaan Hj Ab Rahman menceburi bidang pembuatan makanan tradisional inang-inang ini adalah kerana beliau mahu melihat makanan tradisional ini terus dinikmati dan diwarisi generasi masa depan. Sejak  Hj Ab Rahman mula menceburi bidang pembuatan inang-inang ini dengan membantu ibunya, beliau telah mula berfikir cara bagaimana untuk melebarkan lagi perniagaan kuih ini supaya ia terus dikenali dan digemari.

  Tambahan pula Melaka merupakan sebuah negeri pelancongan dan beliau beranggapan ia lebih memudahkan  lagi usaha untuk mempromosikan makanan tradisional inang-inang ini. Setelah hampir 15 tahun beliau menceburi bidang ini, beliau kini bersyukur dan berbangga kerana usahanya itu kini membuahkan kejayaan dan semakin maju.
inang yang telah dicetak dijemur hingga kering
Dengan hasil keluaran yang hanya bermula dengan 30 bungkus sehari, kini beliau mampu menghasilkan hampir 150 bungkus sehari dan dengan hanya 20kg beras pulut yang digunakan ketika awal pembabitan beliau dalam mengkomersialkan inang-inang ini, beliau kini memerlukan lebih 200kg beras pulut sehari bagi menghasilkan inang-inang buatannya.

 Dengan  waktu kerja selama 20hari dalam sebulan, syarikat perusahaan makanan tradisional milik hj abdul rahman mampu menghasilkan 30000 bungkus inang-inang dan bilangan ini akan bertambah mengikut permintaan terutama musim perayaan dan majlis perkahwinan.
Inang-inang keluaran syarikat perusahaan makanan tradisional milik Hj Ab Rahman dihasilkan dalam lima perasa berlainan iaitu perasa asli, udang, pulut hitam, bawang putih dan sagu.
Inang-inang keluaran syarikat Hj Ab Rahman ada yang dijual terus ke pelanggan dari kilang dengan harga pasaran dan turut dijual kepada pemborong dengan harga borong.
inang-inang yang telah kering selepas dijemur

Kini Hj Ab Rahman menggunakan khidmat 10 orang pekerjayang terdiri daripada penduduk setempat dalam menghasilkan inang-inang keluaran syarikatnya sambil dibantu oleh ahli keluarga beliau. selain memberi pendapatan, perniagaan syarikat perusahaan makanan tradisional milik Hj Ab Rahman secara tidak langsung turut telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan penduduk sekitar.


1 comment: