Wednesday, February 20, 2013

INANG-INANG TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS,,,


Syarikat Perusahaan Makanan Tradisional Ab Rahman, adalah antara syarikat yang menghasilkan makanan tradisional inang-inang dan pembekal makan tradisional tersebut di Melaka, dengan jualan bulanan mencecah RM 6000. Bermula dengan sekadar menolong ibunya membuat sejenis kuih tradisional berasaskan pulut sejak berusia 12 tahun, Hj Ab. Rahman Saleh yang kini berumur 51 tahun, tidak menyangka, kini kuih inang-inang buatannya itu berjaya dikomersialkan. Hj Ab Rahman yang berasal dari Kampung Bukit Tembakau dan bapa kepada 12 orang cahaya mata turut tidak menyangka perniagaan yang dimulakan arwah ibunya, Halimah Salleh secara kecil-kecilan suatu ketika dahulu berjaya diwarisinya sehingga kini.

 Selepas 10 tahun menjalankan perniagaan kuih inang-inang, Hj Ab Rahman kini boleh berbangga kerana kuih tradisional itu mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan. Selain Melaka, kuih inang-inang buatan Syarikat milik Hj Ab Rahman yang dinamakan Inang-inang Bukit Tembakau turut dipasarkan di beberapa negeri lain seperti Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Selain itu, ia turut dipasarkan di beberapa pasar raya besar seperti Tesco dan Jaya Jusco.

Hj Ab Rahman sedang mencetak inang-inang atau
 lebih dikenali sebagai  proses "menepek"
Detik permulaan Hj Ab Rahman menceburi bidang pembuatan makanan tradisional inang-inang ini adalah kerana beliau mahu melihat makanan tradisional ini terus dinikmati dan diwarisi generasi masa depan. Sejak  Hj Ab Rahman mula menceburi bidang pembuatan inang-inang ini dengan membantu ibunya, beliau telah mula berfikir cara bagaimana untuk melebarkan lagi perniagaan kuih ini supaya ia terus dikenali dan digemari.

  Tambahan pula Melaka merupakan sebuah negeri pelancongan dan beliau beranggapan ia lebih memudahkan  lagi usaha untuk mempromosikan makanan tradisional inang-inang ini. Setelah hampir 15 tahun beliau menceburi bidang ini, beliau kini bersyukur dan berbangga kerana usahanya itu kini membuahkan kejayaan dan semakin maju.
inang yang telah dicetak dijemur hingga kering
Dengan hasil keluaran yang hanya bermula dengan 30 bungkus sehari, kini beliau mampu menghasilkan hampir 150 bungkus sehari dan dengan hanya 20kg beras pulut yang digunakan ketika awal pembabitan beliau dalam mengkomersialkan inang-inang ini, beliau kini memerlukan lebih 200kg beras pulut sehari bagi menghasilkan inang-inang buatannya.

 Dengan  waktu kerja selama 20hari dalam sebulan, syarikat perusahaan makanan tradisional milik hj abdul rahman mampu menghasilkan 30000 bungkus inang-inang dan bilangan ini akan bertambah mengikut permintaan terutama musim perayaan dan majlis perkahwinan.
Inang-inang keluaran syarikat perusahaan makanan tradisional milik Hj Ab Rahman dihasilkan dalam lima perasa berlainan iaitu perasa asli, udang, pulut hitam, bawang putih dan sagu.
Inang-inang keluaran syarikat Hj Ab Rahman ada yang dijual terus ke pelanggan dari kilang dengan harga pasaran dan turut dijual kepada pemborong dengan harga borong.
inang-inang yang telah kering selepas dijemur

Kini Hj Ab Rahman menggunakan khidmat 10 orang pekerjayang terdiri daripada penduduk setempat dalam menghasilkan inang-inang keluaran syarikatnya sambil dibantu oleh ahli keluarga beliau. selain memberi pendapatan, perniagaan syarikat perusahaan makanan tradisional milik Hj Ab Rahman secara tidak langsung turut telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan penduduk sekitar.


Thursday, December 13, 2012

Perkongsian Pengalaman ke Gaza

Dengarkan perkongsian artis-artisyang mengikuti rombongan ke Gaza bersama NGO AqsaSyarif
Afdlin Shauki
Bron Paralae
Zain Saidin


Saturday, October 27, 2012

BERTUNANG? KHITBAH? ADAT ATAU SYARIAT???

BERTUNANG DALAM ISLAM

Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-


وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]


Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].


Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-


إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].


Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.


KESIMPULAN:Bertunang adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.

والله اعلم

Friday, October 12, 2012

Pemimpin Zionist mencemarkan Masjidi Al-Aqsa


aqsa-02 Pada 2 Okt 2012, sejak awal pagi lagi seorang pemimpin fraksi pelampau parti Likud, Moshe Feiglin, diiringi oleh 50 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk ke masjid Al-Aqsa dan melakukan upacara keagamaan mereka di dalam kawasan masjid mulia itu. Kehadiran mereka dikawal ketat oleh tentera Zionis.
Menurut laporan Yayasan Waqf dan Warisan al-Aqsa, sekumpulan 30 orang pendatang Yahudi yang lain turut memasuki kawasan masjid melalui Bab Al-Magharbeh dan berkeliaran di kawasan itu.
Tentera Zionis dilaporkan menangkap empat orang jurnalis Palestin, seorang jurugambar dan seorang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam masjid tersebut. Puluhan askar dari pasukan khas memasuki seluruh kawasan masjid dan memaksa mereka yang berumur di bawah 45 tahun supaya keluar dari masjid mulia itu.
Menurut laporan agensi berita Palestin WAFA, pasukan polis Zionis bertebaran di seluruh kawasan sekitar masjid, terutama sekali di pintu masuk utama, semua lorong-lorong dan jalan-jalan menuju ke masjid.
Jawatankuasa Islam-Kristian mengutuk pencerobohan berterusan tentera Zionis ke atas masjid al-Aqsa dan serangan kejam mereka ke atas rakyat Palestin. Jawatankuasa itu menyeru setiap pihak mempertahankan Baitulmuqaddis dan semua tempat-tempat suci di sini.
Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam. Masjid tersebut juga menjadi tempat pilihan Allah SWT dalam peristiwa besar Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam untuk memerlihara masjid ini daripada kejahatan Zionis Yahudi. Bantulah umat Islam di Palestin yang saban hari mempertaruh darah dan nyawa mereka demi menjaga amanah umat Islam ini. Sekurang-kurangnya setiap orang Islam harus mendoakan supaya setiap perancangan dan aksi jahat Yahudi ini akan digagalkan oleh Allah SWT.
Sumber berita Palestine News Network.

Memperingati Tragedi Marvi Marmara "LIFELINE 4GAZA"


marmara2-01    Setelah lebih dua tahun keganasan tentera Israel menyerang, membunuh, mencedera, memenjara dan menyiksa aktivis kemanusiaan Freedom Flotilla berlalu tanpa sebarang dakwaan, sebuah mahkamah di Istanbul bakal menyaksikan suatu prosedur undang-undang  yang sangat menarik pada 6 November ini kerana ia melibatkan implikasi undang-undang dan tindakan antarabangsa.
Tentu ramai yang memandang skeptikal bahkan sinis terhadap usaha membawa penjenayah Zionis ke muka pengadilan apatah lagi dengan melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB yang dilihat sebagai kuda tunggangan zionis untuk terus hidup kebal mengkhianati undang-undang.
Perbicaraan yang melibatkan dakwaan ke atas barisan pegawai tertinggi rejim pengganas Israel ini akan menjadi perhatian para aktivis yang menjadi mangsa serangan dalam kejadian 31 Mei, 2010 itu, saudara-mara mereka, dan juga semua aktivis kemanusiaan yang jujur dan cekal tanpa mengira agama, bangsa, budaya mahupun warganegara. Pemerhati hak asasi manusia, pengamal undang-undang dan pihak media tentu akan turut memberikan tumpuan kepada kes ini.
marmara2-07Mavi Marmara membuka mata masyarakat dunia tentang kejahatan Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin. Sekatan dan serangan masih berterusan hingga ke hari ini. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak dikejarkan untuk rawatan di Hospital An Najar selepas terkena serangan udara tentera Zionis di Rafah pada 7 Oktober 2012.Sedar ataupun tidak, arus perjuangan yang dibawa oleh Freedom Flotilla yang dikepalai oleh kapal MV Mavi Marmara telah mengubah lanskap politik rejim Israel di mata dunia, sekaligus membuka era baru dalam permasalahan Palestin. Jelas kebiadaban Yahudi itu telah mengundang padah pada dirinya sendiri. Perjuangan terhadap hak rakyat Palestin dan pembebasan bumi Anbiya' yang penuh barakah itu kini bertukar menjadi perjuangan antarabangsa, bukan lagi permasalahan domestik bangsa Palestin atau bangsa Arab semata-mata.
Lebih daripada itu, ia juga bukan lagi pertembungan di antara umat Islam dan rejim Zionis Yahudi, bahkan perjuangan kemanusiaan sejagat menjangkau batasan agama dan budaya dalam menentang kejahatan rejim tersebut. Kita dapat melihat perjuangan Palestin kini diterima dan turut didokong oleh masyarakat dunia dari segenap penjuru baik di Eropah, Amerika Latin, Jepun mahupun Korea. Belum pernah ini terjadi dalam ratusan tahun perjuangan di bumi Palestin.
Bukankah ini menunjukkan kepada kita bahawa misi yang dibawa oleh Mavi Marmara bersama gerombolan flotila aman dan para penumpangnya itu terus hidup dan berkembang?
Justeru, apa pula yang bakal kita lihat daripada proses pendakwaan ke atas para penjenayah ini?
Sudah tentu kita akan melihat selangkah lagi kemajuan dalam misi Mavi Marmara, tidak kira apa jua keputusan pendakwaan itu nanti.
Pertamanya, dunia akan sekali lagi memberi peringatan kepada rejim Zionis dan sekutunya bahawa masyarakat dunia sentiasa tidak melupakan kejahatan mereka ke atas Palestin yang sedang terjajah. Kejahatan mereka dibina atas kejahatan-kejahatan yang lain, sehinggakan tidak hanya merosakkan bumi dan rakyat Palestin bahkan mengancam masyarakat dunia seluruhnya.
marmara2-02Dr Syed Muhammad Haleem (kanan) bersama relawan Malaysia, Mustafa Mansur (tengah) dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (kiri), di atas kapal Mavi Marmara ketika dalam pelayaran ke Gaza. 12 relawan Malaysia turut menjadi mangsa serangan tentera Zionis dan dipenjarakan di negara haram Israel.Kedua, setiap insan yang waras dan pemerintahan yang adil akan dapat menerima hakikat bahawa kepungan ke atas Gaza dan tindakan Zionis menjajah Palestin adalah salah dan mencabuli hak asasi manusia. Dunia kini sudah terlalu maju ke hadapan untuk menerima apa jua unsur perhambaan atau Apartheid dalam kehidupan mereka. Zaman itu telah berlalu dan jika masih berlaku, ianya suatu aib besar di alaf ini. Dan aib ini sedang dilaksanakan oleh rejim kuno Zionis Israel.
Ketiga, misi Freedom Flotilla yang dikepalai Mavi Marmara dan semua penumpangnya terus hidup subur membawa agenda menerobos kepungan, sehinggalah Zionis melepaskan sepenuhnya embargo haram ke atas Gaza dan penaklukan ke atas wilayah lain di Palestin. Gerombolan aktivis akan terus melangkah kaki ke Palestin, tidak kira apa juga halangan yang bakal mereka hadapi. Para aktivitis dunia bagaikan tidak mahu rehat sehinggalah Palestin dibebaskan sepenuhnya. Israel tidak akan dapat tidur nyenyak, diganggu igauan ngeri saban malam, sejak peristiwa Mavi Marmara.
Seterusnya, kita akan melihat bahawa dunia akhirnya mampu mengatakan bahawa Zionis boleh dibicarakan atas jenayah mereka, dan tiada siapa yang terlindung daripada tindakan keadilan mahkamah antarabangsa. Dunia akan bersatu demi keadilan dan keharmonian, sebagaimana kita melihat bangsa Arab bangkit bersatu menentang kezaliman rejim-rejim pemerintahan yang sekian lama zalim.
Apa pula peranan kita? Apakah cukup dengan sekadar menjadi pemerhati dan menitiskan air mata kesedihan, sedangkan dunia terus berubah? Tentulah kita ingin menyumbang dan turut berubah kepada kebaikan.
Para peserta Latihan Aktivis dan Masyarakat Prihatin Palestin yang telah dianjurkan oleh Biro HALUAN Palestin pada minggu lepas menggariskan satu resolusi ringkas tetapi praktikal untuk kita teladani.
Pertamanya, mereka bertekad untuk memperbaiki diri agar lebih akrab dengan Allah SWT, Pencipta dan Penguasa seluruh alam. Keakraban itu akan dibina dengan amal dan ilmu yang berterusan dan meningkat, sehingga setiap usaha membantu perjuangan Palestin tidak akan tersasar daripada keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Seterusnya, para peserta bertekad untuk menyebarluaskan permasalahan Palestin kepada masyarakat sehingga menjadi topik perbualan harian. Setidaknya masyarakat terdekat mereka di pejabat, universiti dan masjid akan terkesan.
Akhirnya, mereka bertekad untuk menzahirkan kefahaman terhadap permasalah Palestin ini dengan bekerja keras mengajak masyarakat mengumpul dana membantu rakyat Palestin dan perjuangan pembebasannya.
Itulah tiga elemen dalam satu resolusi yang mudah, tetapi sudah cukup untuk mengisi umur kita dengan agenda perjuangan.
Misi pembelaaan dan pembebasan bumi Palestin yang dibawa oleh MV Mavi Marmara bukanlah ekslusif untuk para penumpangnya atau aktivis kemanusiaan Palestin semata-mata. Setiap kita, dari generasi ke generasi, akan bertanggungjawab di hadapan Allah atas perkara ini. Ayuh kita sedar, insaf dan terus berjuang membantu Palestin. Isu Palestin adalah isu ummat dan isu kemanusiaan sejagat.
marmara2-03Mavi Marmara membawa relawan dari 32 buah negara, termasuk Malaysia dan Indonesia. Ribuan relawan dari 50 negara lain menyokong pelayaran Freedom Flotilla ini.
marmara2-04Lebih 50 relawan tercedera akibat serangan ini. Gambar menunjukkan relawan Malaysia Dr Mohd Arba'ai Shawal (kanan) membantu dan merawat salah seorang mangsa.
marmara2-05Semua relawan dan krew kapal ditangkap dan diikat sebelum dibawa ke penjara. Gambar menunjukkan mangsa yang tercedera parah turut diikat dan dikawal rapi oleh tentera bersenjata.
marmara2-06Sembilan relawan terbunuh. Laporan perubatan menunjukkan ada yang dibunuh dengan sengaja dari jarak dekat dan dari arah belakang. Semoga Allah merahmati roh mereka semua.
----------
Tulisan Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan, Pengerusi Biro HALUAN Palestin. Beliau juga merupakan alumni Mavi Marmara.
-sumber Haluan Malaysia

Inilah Presiden Termiskin Di Dunia!



Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia.
Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.
 Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.
“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah.
Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.
Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.
Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.
Selayaknya hal ini patut di contoh bagi para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta.

Friday, September 28, 2012

Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?


  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank. 
Industri halal
  1. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  2. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  3. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
Petani, nelayan & penjaja kecil
  1. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  2. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  3. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  4. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan. 
  1. Korporat 
  1. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
  2. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  3. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  4. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  5. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  6. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  7. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  8. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  9. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  10. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  11. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  12. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  13. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti. 
  1. Pendapatan/Kepentingan rakyat
  1. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  2. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  3. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  4. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
  5. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  6. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  7. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  8. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  9. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
  10. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  11. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  12. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  13. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  14. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  15. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  16. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  17. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  18. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
  19. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  20. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  21. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  22. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  23. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  24. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten
  25. Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam